in ,

COVID-19: Selangor rekod 66 kes aktif terkumpul

SHAH ALAM: Selangor merekodkan 13 kes tempatan baharu semalam menjadikan kes aktif keseluruhan di negeri ini berjumlah 66 kes.

Menerusi perkongsian Pasukan Petugas Pencegahan COVID-19 Selangor (STFC) di laman web amirudinshari.com, daripada jumlah itu, 49 kes membabitkan individu yang mendapat jangkitan di negeri lain.

“Malaysia juga merekodkan sebanyak 260 kes baharu pada hari ini (semalam) iaitu jumlah kedua tertinggi sejak Februari 2020.

“Warga Selangor perlu mengambil iktibar daripada maklumat ini dengan mengamalkan sikap bertanggungjawab seperti memakai pelitup muka, mengamalkan penjarakan sosial serta kerap membasuh tangan,” katanya.

Dalam pada itu, berdasarkan maklumat di Facebook Jabatan Kesihatan Negeri Selangor (JKNS), 13 kes yang direkodkan semalam membabitkan tujuh kes daerah Petaling iaitu empat kes saringan pulang dari Sabah di mukim Damansara; dua kes saringan pulang dari Sabah di mukim Sungai Buloh serta satu kes saringan pulang dari Sabah di mukim Petaling.

“Lima kes direkodkan di daerah Klang (tiga kes saringan kontak rapat di mukim Klang, dua kes saringan pulang dari Sabah di mukim Klang) serta satu kes di daerah Sepang membabitkan satu kes saringan pulang dari Sabah di mukim Dengkil,” katanya.

Sehingga semalam, hanya dua daerah yang bersih daripada COVID-19 iaitu Kuala Selangor dan Sabak Bernam, manakala tujuh daerah lain merekodkan kes aktif.

Klang mencatatkan kes aktif tertinggi iaitu 22 kes, Petaling (19), Hulu Langat (15), Hulu Selangor (6), Sepang (2) dan masing-masing satu kes aktif di Kuala Langat dan Gombak.

Sejumlah 2,284 kes COVID-19 direkodkan Selangor iaitu 2,007 adalah kes tempatan, 277 kes luar negara, manakala 24 kematian. – Berita Harian online

Written by Ezri

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Ahli Parlimen Batu Sapi, Datuk Liew Vui Keong meninggal dunia

Trump dan Melania positif COVID-19