in ,

COVID-19: Selangor, KL dan Putrajaya dikenakan PKPB mulai tengah malam 14 Oktober

KUALA LUMPUR, 18 Ogos -- Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada sidang media perkembangan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) di bangunan Parlimen hari ini.?Beliau berkata kerajaan membenarkan aktiviti sukan dan kokurikulum di luar bilik darjah untuk pelajar sekolah mulai 1 Sept ini mengikut Garis Panduan dan Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ditetapkan.?-- fotoBERNAMA (2020) HAK CIPTA TERPELIHARA

PUTRAJAYA: Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) akan dilaksanakan di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya, bermula tengah malam 14 hingga 27 Oktober ini berikutan peningkatan kes COVID-19.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata keputusan itu dibuat selepas mendengar nasihat daripada Kementerian Kesihatan (KKM).

Beliau berkata, ia juga mengambil kira peningkatan dan penularan kes yang berlaku, termasuk di Klang dan Petaling, selain pertambahan jangkitan di Gombak serta daerah lain.

Katanya, berikutan penguatkuasaan PKPB itu, pergerakan keluar masuk atau merentas daerah adalah tidak dibenarkan.

Bagaimanapun bagi pekerja yang perlu merentas daerah, beliau berkata, mereka perlu menunjukkan pas kerja atau surat kebenaran daripada majikan.

“Hanya dua orang dari sebuah rumah dibenarkan keluar untuk membeli barangan keperluan.

“Semua sekolah, institusi pengajian tinggi, institut latihan kemahiran, TADIKA, TASKA, pusat tahfiz, taman awam dan pusat rekreasi adalah ditutup,” katanya pada sidang media, hari ini.

Written by Ezri

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Penjawat awam Pulau Pinang dapat setengah bulan gaji

2,200 kakitangan Malindo akan diberhentikan akibat Covid-19