in

COVID-19: Sedih keadaan kritikal-Najib Razak

Ahli Parlimen Pekan, Datuk Sri Najib Razak menerusi hantaran di Facebooknya hari ini berkata, beliau sedih melihat keadaan kritikal iaitu kapasiti hospital sudah hampir ke tahap maksima.

Menurutnya, selepas hampir empat bulan darurat dan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 2.0 dilaksanakan tetapi jumlah harian kes COVID-19 masih meningkat dan semalam 17 kluster baharu dikesan.

“Bilangan kematian baru Covid semalam sahaja sebanyak 23 mangsa manakala 17 kluster baru dikesan termasuk 4 kuster pendidikan.

“Jumlah kluster Covid masih aktif pula cecah 400 kluster buat kali pertama dan menjadi 405 kluster,” tulisnya di Facebook.

Bekas Perdana Menteri itu juga turut menyoal bagaimana KKM dan pihak penguatkuasa mampu kawal sebanyak 405 kluster di seluruh negara untuk tempoh berbulan-bulan?

Beliau juga turut menyoal apakah akan terjadi jika trend kenaikan sejak dua minggu lalu berlanjutan dan bilangan pesakit kritikal serta kluster aktif naik 50% atau 100% lagi?

Menurut Najib Razak, jumlah kes COVID-19 sudah mencecah 420,632 berbanding sekitar 100,000 kes pada awal januari Ketika darurat di isytiharkan dan jumlah kes kini melepasi angka Arab Saudi.

“Jumlah orang terkorban sejak darurat bermula pula cecah 1,000 mangsa” katanya.

Written by Ezri

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

60 percent of 159 counties nationwide changed status to red zones

Covid-19: Hospital is almost in full capacity