in

KKM akan putuskan PKPD dilanjutkan atau ditamatkan di Taman Bukit Angkasa

KUALA LUMPUR: Ketua Polis Negara, Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani, semalam hadir ke lokasi Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Taman Bukit Angkasa.

Ahli Parlimen Lembah Pantai, Fahmi Fadzil turut berkongsi beberapa perkara kepada Ketua Polis Negara, antaranya,  pengagihan bantuan bakul makanan sumbangan Jabatan Kebajikan Masyarakat, saringan vaksin serta permohonan surat pelepasan kerja kepada majikan bagi penduduk terjejas PKPD.

Ujian saringan Covid-19 pusingan kedua telah diadakan di kawasan Lembah Pantai.

Berdasarkan ujian saringan dijalankan, pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) akan mengkaji serta putuskan sama ada PKPD di kawasan terlibat akan dilanjutkan atau ditamatkan.

Fahmi Fadzil menzahirkan kebimbangannya ekoran peningkatan kes positif Covid-19 mencatatkan hampir mencecah 8,000 kes.

Segala usaha dalam mengekang penularan wabak Covid-19 seakan-akan hilang dan situasi semasa hampir sama sewaktu bermulanya PKP 3.0.

“Sekarang sudah lebih lima minggu sejak PKP 3.0 dan Fasa 1 Pelan Pemulihan Negara (PPN) dilaksanakan. Namun sehingga ke hari ini tiada pengurangan kes sebaliknya bertambah. Saya amat kesal, kecewa serta sedih sebab menerusi data diterima menunjukkan saban hari lebih ramai warga Lembah Pantai meninggal dunia akibat Covid-19, baik secara langsung mahu pun tidak langsung.

“Di mana salah dan silapnya? Dalam pada ini kita boleh mengesahkan yang langkah diambil kerajaan pusat tidak berjaya mengekang penularan serta memutuskan jangkitan Covid-19. Tapi ini tidak bermakna kita boleh ambil mudah dan leka. Oleh demikian, saya memohon kepada semua agar sentiasa berhati-hati, duduk di rumah, elakkan dari berkumpul, ikut arahan pihak berkuasa dan sentiasa patuhi SOP” tambahnya.

Selain daripada Taman Bukit Angkasa, beberapa kawasan Lembah Pantai turut menjalani PKPD antaranya di Jalan Kubur, Pantai Ria dan PPR Kampung Kerinchi.

Written by Ezri

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

For the opposition, PM Muhyiddin is always wrong

MCO 3.0 falls short of objectives