Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah menyarankan orang ramai untuk melakukan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) kendiri untuk memutuskan rantaian jangkitan COVID-19.
Menerusi hantaran di Facebook beliau, Dr Noor Hisham berkata, kesedaran dan tanggungjawab sosial boleh dimulakan dengan melakukan PKP kendiri.
Menurutnya lagi, PKP kendiri boleh dilakukan orang ramai dengan duduk di rumah dan mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) yang telah di tetapkan.
“Perjuangan memerangi COVID-19 ini perjuangan kita semua, bukan hanya petugas KKM & frontliners yang lain. InshaAllah kita boleh putuskan rantaian jangkitan Covid-19,” tulisnya menerusi Facebook.
Dr Noor Hisham turut berkongsi beberapa gambar para barisan hadapan di Facebooknya.
https://www.facebook.com/DGHisham/posts/4348281718529016
Baru-baru ini negara merekodkan kes jangkitan COVID-19 melebihi 4,000 kes.