in

COVID-19: Kes bunuh diri meningkat

Tatkala Malaysia sedang giat menjalani tahap pemulihan menangani pandemik Covid-19, dalam diam timbul pula isu masalah gejala bunuh diri yang meningkat sama di kalangan masyarakat.

Mengikut laporan dikemukakan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Abd Jalil Hassan,  Polis Diraja Malaysia (PDRM) merekodkan sebanyak 631 kes bunuh diri sepanjang tahun 2020 dan 468 kes dalam tempoh Januari sehingga Mei 2021. Berbanding 609 kes dicatatkan pada tahun 2019,  jumlah kes bunuh diri terus melambung naik dengan purata dua kes berlaku setiap hari dari tahun 2019 sehingga Mei 2021.

Menurut kenyataan beliau, seramai 281 lelaki dan 1,427 orang wanita dilaporkan membunuh diri sepanjang tempoh 2019 sehingga Mei 2021. Kebanyakan mangsa terbabit berumur antara 15 sehingga 18 tahun adalah seramai 872 orang dan bagi mangsa berumur antara 19 sehingga 40 tahun seramai 668 orang.

“Johor mencatatkan kes tertinggi iaitu sebanyak 101 kes pada tahun 2019 dan 2020 manakala Selangor mencatatkan kes tertinggi sejak Januari sehingga Mei 2021 iaitu sebanyak 117 kes,” tambah Abd Jalil.

Mengikut kenyataannya, tiga punca utama mendorong kepada kejadian bunuh diri berpunca dari mangsa menghadapi masalah tekanan perasaan, keluarga serta kewangan. Cara bunuh diri kerap berlaku berdasarkan statistik adalah 75.1 peratus gantung diri, 13.6 peratus terjun bangunan dan 5.7 peratus minum racun.

Ternyata pandemik Covid-19 meninggalkan kesan yang cukup besar serta mendalam pada kesihatan mental bukan sahaja rakyat Malaysia tapi seantero dunia.

Written by Ezri

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Will there be Eid Adha cluster similar tu Eid Fitri

Sidang Parlimen bakal diadakan ‘satu bentuk penipuan’-Anwar Ibrahim