Switch to the dark mode that's kinder on your eyes at night time.

Switch to the light mode that's kinder on your eyes at day time.

Menu

Switch to the dark mode that's kinder on your eyes at night time.

Switch to the light mode that's kinder on your eyes at day time.

in ,

COVID-19: Kes baharu melonjak kepada 62 kes, sebahagian besar di Kluster Benteng Lahad Datu

KUALA LUMPUR: Kes baharu positif COVID-19 di negara ini melonjak kepada 62 kes melibatkan 56 kes tempatan dan enam kes import.
Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah dalam satu kenyataan hari ini, kebanyakan kes yang direkodkan melibatkan Kluster Benteng di Sabah dengan 50 kes.
56 kes penularan tempatan melibatkan 30 warganegara Malaysia dan 26 bukan warganegara.
Perinciannya adalah seperti berikut;
Sabah:
• 50 kes daripada Kluster Benteng LD.
• Satu kes Severe Acute Respiratory Infection (SARI) dikesan di Hospital Lahad Datu.
Kedah:
• Dua kes daripada Kluster Sungai.
• Satu kes saringan Kluster Telaga; dan
• Satu kes saringan bergejala di sebuah klinik pergigian di Alor Setar.
Pulau Pinang:
• Satu kes saringan kontak rapat kepada kes positif ke-9397.
Manakala bagi enam kes import, ia melibatkan dua warganegara Malaysia dan empat bukan warganegara.
Perinciannya adalah seperti berikut;
• Turki (duakes di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur)
• Bangladesh (satu kes di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, satu kes di Selangor)
• Indonesia (satu kes di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur)
• Mesir (satu kes di Selangor)
Dengan penambahan kes baharu itu, ia menjadikan jumlah kumulatif di Malaysia adalah 9,459 kes dengan kes aktif dan kebolehjangkitan meningkat kepada 207 kes.
Sehingga kini terdapat enam kes positif COVID-19 yang sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), di mana empat kes memerlukan bantuan pernafasan.
Sementara itu, terdapat sembilan kes telah pulih COVID-19 menjadikan jumlah kumulatif sembuh sepenuhnya adalah 9,124 kes (96.5 peratus).
Tiada pertambahan kes kematian baharu direkodkan di negara ini pada Isnin, jumlah kematian kekal 128 kes.- Awani

Written by Ezri

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

[PILIHAN SABAH] Bersih 2.0 dilancar sempena PRN Sabah

[PILIHAN SABAH] PRN Sabah tetap diteruskan – Takiyuddin

Back to Top

Hey Friend!
Before You Go…

Get news notifications before everyone else!


Don't worry, we don't spam

Close
Close