in ,

COVID-19: Kembali dua angka, 71 kes baharu

KUALA LUMPUR: Kes jangkitan COVID-19 kembali turun dua angka dengan 71 kes menjadikan jumlah keseluruhan wabak itu di negara ini adalah sebanyak 10,576 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, berkata daripada jumlah itu, 69 kes membabitkan penularan dalam negara, manakala dua lagi adalah kes import.

“Daripada 69 kes penularan di dalam negara, 43 kes adalah warganegara dan 26 kes warga asing.

“Sabah merekodkan 63 kes iaitu 47 daripadanya membabit Kluster Bangau-Bangau dan 10 kes daripada Kluster Laut,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Selain Sabah, katanya, negeri yang turut menyumbang kepada kes positif COVID-19 adalah empas kes Kluster Sungai di Kedah dan dua kes di Selangor.

Dr Noor Hisham turut berkata, tiada pertambahan kes kematian dilaporkan hari ini. sekali gus menjadikan jumlah keseluruhan kes kematian di negara ini kekal sebanyak 133 kes atau 1.26 peratus.

Written by Ezri

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Anwar dakwa miliki majoriti bentuk kerajaan

Harga RON95, RON97 naik 5 sen, diesel naik 4 sen