in ,

Covid 19 : 1,315 KES BAHARU , 4 KEMATIAN

KUALA LUMPUR: Sebanyak 1,315 jangkitan baharu COVID-19 dilaporkan, hari ini, menjadikan jumlah kumulatifnya di negara ini mencecah 63,176 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, berkata 1,310 kes baharu itu membabitkan jangkitan tempatan, manakala lima lagi kes import yang mendapat jangkitan dari luar negara.

Beliau berkata, ada sejumlah 11,508 kes aktif ketika ini, manakala 118 kes dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) dengan 43 memerlukan bantuan pernafasan.

Katanya, 1,110 pesakit dilaporkan sembuh, hari ini, menjadikan jumlahnya 51,314 kes (81.2 peratus).

Written by Ezri

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Mana ada bank yang rugi – Najib Razak

Bob Lokman berdepan risiko mati mengejut