in ,

Chacha Maembong buat laporan polis

Tidak mahu namanya terus dikaitkan dengan fitnah, pelakon, Chacha Maembong membuat laporan di Balai Polis Seremban, Negeri Sembilan atas dakwaan yang mengatakan dirinya terbabit dalam sindiket pelacuran kelas atasan dan dibayar antara RM20,000 sehingga RM40,000 untuk satu malam.

Laporan itu dibuat selepas mendapat nasihat daripada peguamnya disamping dapat menghentikan segala fitnah yang dilemparkan terhadap dirinya.

Laporan polis dibuat atas nasihat peguam saya. Tujuan laporan ini adalah untuk menghenti dan menafikan segala fitnah yang berleluasa mengenai diri saya berkenaan isu Macau Scam dan juga tuduhan aktiviti pelacuran.

Saya akan memberikan kerjasama dengan Suruhanjaya Rasuah Malaysia (SPRM) dan polis jika dipanggil untuk memberikan keterangan.

Saya juga akan mengambil tindakan kepada individu yang sudah memfitnah dan menyebarkan tuduhan ini.

Tindakan susulan daripada pihak guaman akan dijalankan. Laporan kes ini kini dalam siasatan,” katanya.

Chacha atau nama sebenarnya Siti Aisyah Ismail berkata, tuduhan yang dilemparkan itu adalah fitnah yang sengaja mahu menjejaskan kerjaya seni dan perniagaan yang dibinanya.

 

Written by Ezri

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Burger Ramly – Raja Makanan Jalanan

Waspada Tawaran Murah Demi Bibir Cantik