in

‘Calon yang mampu memberi kemenangan’- Wan Azizah

Pengerusi Majlis Penasihat PKR, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail menyerahkan sepenuhnya kepada parti untuk menentukan calon yang akan bertanding di Parlimen Permatang Pauh itu nanti bagi Pilihan Raya Umum ke-15.

Menurut beliau, keputusan itu akan dibuat parti selepas menilai siapa calon yang dirasakan layak memenangi kerusi tersebut.

Tambahnya lagi, “mana-mana yang dicalon, yang mana sesuai kita letakkan dulu untuk kita menang. Itu yang pentiing”, katanya.

Hal ini timbul kerana Ahli Parlimen Permatang Puah, Nurul Izzah Annuar dikhabarkan akan bertanding di Parlimen Gombak pada PRU15.

“Parti akan menilau kriteria calon yang dirasakan mampu memberi kemenangan kepada parti” jelasnya.

Jadi, beliau meletakkan sepenuhnya kepercayaan kepada parti untuk memilih calon yang dirasakan sesuai dan mampu memberi kemenangan.

Written by Ezri

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

‘Najib Razak juga boleh menjadi PM kali kedua’- KB UMNO

Tiga lelaki berjaya ditahan, curi elektrik melombong bitcoint