in

Calon PM dan TPM dari UMNO PRU15 ditentukan Jun ini- Annuar Musa

 

Foto: Facebook Annuar Musa

Tan sri Annuar Musa yang juga bekas setiausaha agung UMNO berkata, calon perdana menteri (PM) dan timbalan perdana menteri  (TPM) UMNO akan diputuskan sekitar Jun ini.

Menurutnya lagi, UMNO parti yang mempunyai tradisi dan perlembagaan sendiri.

Tambahnya, Perlembagaan UMNO menetapkan tempoh memegang jawatan, di hadkan kepada 3 tahun sahaja.

Pemilihan parti tersebut yang lalu diadakan pada 30 Jun 2018 dan akan tamat pada Jun 2021.

Justeru, ‘ramai yang tak putus bertanya siapa calon PM dan TPM dari UMNO PRU akan datang, saya lihat ini secara positif, ertinya ramai yang masih melihat UMNO antara parti yang perlu menampilkan calon pemimpin utama negara.

Mengulas lanjut hal tersebut, beliau berkata, ‘ sebagai parti yang kuat berpegang kepada peraturan, dan amat kuat bergantung pada suara akar umbi, kita tidak teragak-agak untuk menyerahkan semula kepada akar umbi menentukan kepimpinan’.

Tambahya lagi, ‘Insha-Allah, calon PM dan TPM dari UMNO akan di putuskan sekitar jun menerusi pemilihan oleh ahli UMNO sendiri’.

Malahan, UMNO akan memilih seorang Presiden dan seorang Timbalan Presiden yang mempunyai segala sifat dan kelayakan yang sesuai memikul tugas sebagai PM, TPM bila-bila masa, katanya.

https://www.facebook.com/133347436726997/posts/3974785285916507/

Walau bagaimanapun, beliau tidak menyebut nama sebagai bakal perdana menteri (PM) dan juga timbalan perdana menteri (TPM).

Menerusi Facebooknya, beliau hanya memuat naik beberapa gambar bersama tokoh UMNO. Antaranya, gambar bersama Hishammudin Hussein, Ismail Sabri Yaakob, Shahidan Kassim, Khairy Jamaluddin dan gambar terakhir, beliau bersama pegawai-pegawainya.

Sebelum ini, Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin turut mengesa agar pemilihan parti disegerakan bagi menyelesaikan kemelut dalaman UMNO.

 

 

 

Written by Ezri

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Semua Menteri Umno kekal berada dalam Kabinet-PM

Zahid tiada sifat ‘kepimpinan’ menerajui parti- Nazri Aziz