in ,

Calon MB Perak Masih Dalam Persoalan

Menurut Ahli Dewan Negara Perak, Mohd Annuar Zaini, masih belum lagi ada calon yang dilantik sebagai Menteri Besar Perak yang terbaru berikutan pengunduran bekas Menteri Besar Datuk Seri Faizal Azumu.

Menurut beliau, setakat ini Sultan Nazrin Shah sudah menerima mengadap pemimpin Pakatan Harapan (PH) dan UMNO hari ini untuk mendengar semua pandangan yang diberikan pemimpin parti.

“Baginda Sultan hanya boleh menasihatkan mereka agar mencari formula terbaik untuk menubuhkan kerajaan dan kepimpinan baru.”

Sultan Nazrin akan turut menerima mengadap Pengerusi Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi pagi esok (Ahad).

Setakat ini, baginda Sultan telah pun menerima kunjungan empat pemimpin parti politik Perak antaranya Pengerusi DAP Perak, Nga Kor Ming, Asmuni Awi dari Amanah dan Farash Wafa Salvador Rizal Mubakar, ketiga-tiganya dari PH, dan Pengerusi UMNO Perak Saarani Mohamad.

Apabila ditanya mengenai nama calon Menteri Besar yang baru, setakat ini UMNO masih lagi berunding dan difahamkan akan mengadakan mesyuarat khas badan perhubungan khas negeri.

Berita lanjut menyusul.

Written by Ezri

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

UMNO-DAP Working Relationship Is A Good Sign – Faizal Azumu

Muhyiddin Wants Peja To Relinquish Lost MB Seat To UMNO, DAP