in

Cadangan calon SPM 2021 disuntik vaksin

Calon sijil pelajaran Malaysia (SPM) dan guru yang bertugas mengendalikan Sijil pelajaran Malaysia tahun ini wajar diberikan keutamaan untuk mendapatkan suntikan vaksin covid-19 bagi membolehkan mereka hadir ke sekolah secara bersemuka serta sekali gus dapat mengurangkan risiko jangkitan covid-19.

Pandangan itu dilontarkan oleh Presiden Ikatan Guru-Guru Muslim Malaysia (i-Guru), Mohd Azizee Hasan, supaya persiapan menghadapi peperiksaan itu tidak terjejas.

Beliau juga turut berhadap kerajaan dapat memberi keutamaan kepada semua calon SPM 2021 dan guru yang mengajar terlibat bagi mengajar kumpulan ini.

Selain itu beliau turut melontarkan cadangan daripada I-Guru yang mencadangkan supaya tabung dana pengajaran dan pembelajaran di rumah (PdPR) diwujudkan bagi kegunaan guru dan murid untuk tujuan pembelian peralatan teknologi, alat peranti dan data internet.

“Sumbangan guru minimum RM10 sebulan melalui potongan gaji dapat menyelamatkan pelajar daripada tercicir.”

“Kami yakin tabung ini boleh dijadikan inisiatif tambahan untuk membantu kerajaan dalam memastikan hasrat mengagihkan 150,000 peranti kepada murid dari keluarga B40, dapat dicapai,” katanya.

Tambahan lagi, beliau berkata, kemeterian pendidikan (KPM) diharap dapat meningkatkan kualiti program didik TV dari sudut penyiaran, dan juga isi kandungan agar lebih interaktif dan efektif supaya dapat membantu para pelajar meningkatkan lagi ilmu pengetahuan yang diperlukan.

Beliau menambah, kepakaran guru sedia ada melalui pengalaman PdPR 1.0 dan 2.0 perlu dimanfaatkan sepenuhnya untuk dikongsi bersama warga lain bagi meningkatkan kompetensi dalam kalangan guru.

Menurut mohd azizee, KPM wajar memberikan insentif khas kepada guru atas usaha keras mereka untuk tujuan melancarkan sesi PdPR berkenaan. “Latihan intensif dan berterusan kepada warga guru berkaitan cybergogy, peeragogy dan heutagogy penting untuk berdepan cabaran pendidikan milenium.

Pihak KPM diharap dapat membantu guru dan pelajar demi kelangsungan masa depan pendidik serta perlu mengambil langkah proaktif dan kreatif.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Tidak kemas kini MySejahtera bukan kesalahan, kompaun dibatalkan

Promosi pelacuran menggunakan aplikasi dalam talian