in

BPR Fasa 2 dikreditkan mulai 7 Mei ini

Pembayaran Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) Fasa 2 akan bermula Jumaat ini (7 Mei 2021). Menurut Menteri Kewangan Tengku Zafrul, bayaran BPR memperuntukkan RM2.75 billion bagi 8.4 juta penerima.

Tambah beliau, peningkatan peruntukan berikutan penambahbaikan bayaran kepada para penerima.

Pembayaran akan dibuat secara berperingkat bagi membantu kelangsungan hidup rakyat, terutamanya golongan yang mudah terjejas dan pekerja yang bergantung pada upah harian.

“Jika dahulunya penerima dari kategori isi rumah menerima RM300 dan individu bujang menerima RM150, kini pembayaran kepada penerima adalah di antara RM150 hingga RM600 berdasarkan kalayakan setiap penerima,” katanya dalam sebuah kenyataan.

Pembayaran akan terus dikreditkan ke dalam akaun bank dalam tempoh 7 – 12 Mei 2021.

Untuk semakan status kelulusan BPR boleh dibuat mulai 7 Mei 2021 melalui pauntan https://bpr.hasil.gov.my

Manakala, untuk tempoh permohonan rayuan akan dibuka mulai 15 hingga 30 Jun 2021.

 

Written by Ezri

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Penolakan permohonan geran Afdlin Shauki bermotifkan politik-Anwar Ibrahim

Johor BERSATU is willing to cooperate with UMNO