in ,

Boleh bayar caj parkir guna aplikasi JomParking mulai esok – DBKL

KUALA LUMPUR: Warga kota boleh menggunakan aplikasi JomParking untuk membuat pembayaran caj tempat letak kereta bahu jalan di sekitar ibu negara, mulai esok.

Ia bagi menggantikan penggunaan mesin yang ditamatkan pada 30 September lalu.

Menurut Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dalam satu kenyataan, hari ini, aplikasi itu adalah pilihan tambahan kepada empat aplikasi mudah alih e-dompet, iaitu EZ Smart Park, Flexiparking, Wilayah Parking dan M-Cash yang dilaksanakan mulai Khamis lalu.

“Permohonan baharu pas bulanan parkir belum beroperasi ketika ini, namun DBKL masih membuka permohonan untuk petak khas seperti biasa,” katanya.

DBKL sekali gus meminta orang ramai supaya terus menyesuaikan diri dengan penggunaan kaedah baharu terbabit. – BERNAMA

Written by Ezri

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Israel dikecam bekal senjata kepada Azerbaijan

Adun Maharani positif Covid-19