in ,

Bob Lokman berdepan risiko mati mengejut

KUALA LUMPUR: Pelakon, pelawak dan penulis lirik terkenal, Bob Lokman, 56, diberi pilihan sama ada menjalani pembedahan atau berdepan dengan risiko kematian mengejut berikutan penyakit jantung yang dihidapi sejak lebih 20 tahun semakin kronik.

Bob atau nama sebenarnya, Mohd Hakim Lokman berkata, berdasarkan penjelasan doktor, dia perlu menjalani prosedur untuk memasang alat Implantable Automatic Cardioverter Defibrilator (IADC) supaya degupan jantungnya dapat distabilkan.

“Doktor mengesan penyakit baru iaitu degupan jantung tidak stabil ketika saya mendapatkan rawatan di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM, Kubang Kerian akibat masalah jantung, baru-baru ini.

“Keadaan ini menyebabkan kadar denyutan jantung menjadi laju hingga menyukarkan proses mengepam oksigen ke otak. Selepas membuat diagnosis, doktor menyarankan saya memasang alat IADC untuk menstabilkan kembali denyutan jantung.

“Jika tidak dibuat dengan kadar segera, saya bakal berdepan dengan situasi mati secara mengejut,” katanya kepada BH Online.

Written by Ezri

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Covid 19 : 1,315 KES BAHARU , 4 KEMATIAN

Polis tahan 10 suspek tetak Dr Wan Hassan