Sg Besi – Bahagian Hal Ehwal Pelajar dan Alumni, Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) dengan kerjasama PERKESO telah mengadakan temuduga terbuka khusus kepada pelajar UPNM. Program yang bermula pada 14 September 2020 dan berakhir pada hari ini, turut mengadakan pelbagai aktiviti aktiviti menarik.

Program yang bermula seawal pagi itu, menekankan aspek karier dalam diri pelajar UPNM, selain dari sesi bersama kaunselor.
Berlansung selama dua hari ,program ini melibat 17 majikan yang terlibat. Kesemua majikan yang terlibat memberikan pendedahan di dalam dunia Industri yang sebenar.

Big Blue TV tidak terkecuali untuk bersama dengan 17 majikan tersebut. Stesen ini hadir bagi memberikan pendedahan sebenar kepada pelajar mengenai bagaimana industri penyiaran belansung selain memberi pendedahan kepada dunia perniagaan sebanar.

Dalam sesi kali ini, Big Blue TV dengan jayanya telah memperoleh kejayan dengan memenangi Anugerah Emas dan Industri Terbaik daripada UPNM. Kemenangan yang diraih ini, memberikan suntikan semangat kepada warga kerja Big Blue TV khususnya Big Blue Berhad dan Big Blue Capital (M) Sdn Bhd, sebagai salah sebuah Stesen Penyiaran dan Syarikat yang berdaya saing di Malaysia.Antara yang turut hadir bagi mewakili Big Blue TV ialah Faizal, Puan Sarifah, Puan Ezwani dan Dai’e Azrin.

Fizz Aziz

By Fizz Aziz

Editor at Big Blue TV

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *