in ,

BIG BLUE BERHAD SYARIKAT ANAK MELAYU PERTAMA YANG MELANCARKAN KENDERAAN ELEKTRIK – DATO SHAMSUBAHRIN

Bangi – Dato Shamsubahrin merupakan penyumbang utama untuk majlis Makan Malam Sukarelawan Bina Negara yang telah berlansung di Bangi Avenue Convention Centre. Beliau turut berucap menekankan utk membina negara dan turut serta mengajak pemimpin PKR untuk bangkit semula. Beliau turut berkongsi bahawa syarikat beliau merupakan syarikat anak melayu  pertama yang melancarkan kenderaan elektrik. Usaha itu dijayakan dengan kerjasama syarikat cina dan india.

Big Blue TV sempat menemuramah penyokong kuat Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan mereka tidak risau untuk datang kerana SOP yang masih diperketatkan. Mereka turut menyatakan bahawa mereka yakin dengan kepimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri Malaysia yang seterusnya.

Ahli penyokong Kuat Datuk Seri Anwar Ibrahim turut yakin bahawa PRN di Sabah merupakan punca utama penyebaran Covid-19 semakin memburuk dan mereka yakin bahawa pimpinan negara dibawah nauangan Datuk Seri Anwar akan menyelesaikan masalah Covid-19 di negara ini.

Dato Shamsubahrin hadir pada Sabtu lepas sempena Program Makan Malam Sukarelawan Bina Negara yan bertempat di Bangi Avanue Convention Centre. Program yang mengumpulkan semua ahli Parti Keadilan Rakyat itu bermula jam 9.00 malam. Turut hadir dalam majlis itu ialah Menteri Besar Negeri Sembilan, Dato’ Seri Aminuddin Harun.

Written by Ezri

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Laman Web Konsep DIY Pertama Keluaran Tempatan Cipta Sejarah

Twitter padam semua ciapan mendoakan kematian Trump