in

Berundur dan beri laluan kepada yang layak

Ahli Parlimen Padang Rengas Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz membuat gesaan agar presidennnya, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi melepaskan jawatan demi kelangsungan parti itu dalam menghadapi PRU-15.

Beliau membuat gesaan itu atas alasan Zahid tidak lagi mempunyai kreadibiliti untuk memimpin UMNO.

Sebelum ini, beliau juga pernah menyifatkan Zahid Hamidi lemah dalam kepimpinan kerana tidak berjaya mengarah Menteri, timbalan Menteri dan GLC untuk melepaskan jawatan dengan segera.

Tambahnya lagi, Zahid perlu memberi laluan kepada orang lain untuk memimpin parti kerana imejnya sudah tercalar dengan tuduhan-tuduhan di mahkamah.

“Zahid perlu berundur segera, soal siapa akan ganti bukan masalah kerana kita ikut sahaja hierarki parti”.

Menurut beliau, Datuk Seri Mohamad Hasan mampu ketuai UMNO, dan berharap agar dapat melakukan perubahan pada parti.

Sebelum ini, Ahli Parlimen Rembau pernah juga membuat gesaan agar pemilihan parti di adakan segera.

Written by Ezri

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

UMNO willing to collaborate with PH for GE-15

Annuar Musa: I was suspicious since August Last year