in ,

BERSATU tumbang di Perak

IPOH: Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu akur dengan kegagalannya memperoleh sokongan dalam undi percaya di Dewan Undangan Negeri sebagai Menteri Besar hari ini.

Timbalan Presiden BERSATU itu juga menjanjikan penubuhan kerajaan negeri baharu ‘akan berjalan lancar’.

Bercakap kepada media sejurus selepas keputusan undian diumumkan, Faizal berkata negara menghadapi krisis akibat pandemik COVID-19 justeru isu politik tidak harus dipanjangkan.

“Peralihan kepada kerajaan baharu akan lancar demi kebaikan rakyat,” katanya.

“Saya juga mengucapkan terima kasih kepada rakyat dan DUN Perak. Terima kasih rakan dari Pakatan Harapan. Saya rindukan anda semua. Saya juga berterima kasih kepada anggota EXCO,” katanya yang berharap kerajaan negeri baharu akan mengutamakan rakyat.

Written by Ezri

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Ahmad Faizal Azumu Faces The Axe For Failing To Obtain Majority

UMNO Wants MB’s Vacated Seat – Tajuddin Abul Rahman