in ,

BERSATU MAHU PERTAHAN KERJASAMA POLITIK PN

Ketua Penerangan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Wan Saiful Wan Jan berkata parti itu akan terus memperkukuhkan kerjasama politik bersama parti anggota PN iaitu Pas, Parti Solidariti Tanah Airku (STAR) dan Parti Maju Sabah (SAPP).

Tambah beliau, ketetapan itu dibuat untuk mempertahankan kerjasama politik dalam kerajaan Perikatan Nasional (PN) yang berpaksikan kepada agenda penyatuan ummah dan perpaduan seluruh rakyat.

Kenyataan tersebut dikeluarkan selepas Mesyuarat Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Bersatu diadakan di Menara Yayasan Selangor malam semalam.

Berita selanjutnya menyusul.

Written by Ezri

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

BERSATU BUAT KETETAPAN PRU SELEPAS COVID-19 TERKAWAL

KOMPONEN BN SECARA LISAN SETUJU GANTI SUA