in ,

BERSATU BUAT KETETAPAN PRU SELEPAS COVID-19 TERKAWAL

Ketua Penerangan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) Wan Saiful Wan Jan berkata Pilihan Raya Umum (PRU) hanya wajar dilaksanakan apabila perkembangan pandemik Covid-19 terkawal.

Tambah beliau, agenda utama Bersatu ketika ini adalah untuk menumpukan segala usaha serta tenaga bagi menangani pandemik COVID-19 dan memulihkan semula ekonomi negara.

“Tindakan beberapa pihak yang terus menerus melakukan percaturan politik dalam keadaan rakyat sedang melalui dugaan besar adalah sesuatu yang tidak tepat pada masanya.”

Bersatu komited untuk terus memberi tumpuan kepada usaha meningkatkan kesejahteraan rakyat, khususnya dalam menghadapi penularan wabak COVID-19 dan bencana banjir ketika ini.

Kenyataan tersebut dikeluarkan selepas Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) PPBM yang dipengerusikan Presiden PPBM Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Written by Ezri

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

UMNO BINCANG USUL PUTUS HUBUNGAN DENGAN PPBM HUJUNG JANUARI

BERSATU MAHU PERTAHAN KERJASAMA POLITIK PN