in

Berita itu tidak benar

Jawatankuasa pengurusan bencana daerah (JPBD) jelebu menafikan seluruh penduduk kampung lakai dan kampung orang asli lakai diarah menjalani kuarantin. Pengerusinya, encik Abdul Rahim A Aziz berkata, mesej yang tersebar menerusi aplikasi whatsApp pada 6 jun lalu adalah palsu dan tidak benar sama sekali.

Katanya lagi, sehingga 6 jun, sebanyak 22 kes positif covid-19 direkodkan di kampong lakai, manakala satu kes lagi di kampung orang Asli Lakai.

“ketika ini, Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Jelebu sedang giat menjalankan ujian saringan di Kampung Lakai sebagai langkah pengesanan dan pemantauan awal.

“sehingga 6 jun 2021, seramai 213 penduduk kampung tersebut sudah menjalani ujian saringan dan kesemua diantara mereka turut dipakaikan gelang kuarantin mengikut prosedur ditetapkan kementerian kesihatan,” katanya lagi dalam satu kenyataan.

Pegawai Daerah Jelebu encik Abdul Rahim berkata, orang ramai diminta untuk tidak menyebarkan berita palsu mengenai perkara ini dan merujuk kepada sumber yang sahih di laman web atau facebook jabatan kesihatan negeri Sembilan sebelum menyebarkan sesuatu berita kepada umum.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Stand Down: Over 200,000 Signatures Calling for Azmin Ali’s Resignation

Cubaan cederakan polis ekoran langgar SOP