in

Bencana banjir bantuan perlu disegerakan-Muhyiddin Yassin

Bencana banjir kilat yang melanda beberapa buah kampung di daerah Yan, Kedah dipercayai kesan daripada fenomena kepala air yang bermula di Gunung Jerai petang semlaam

Muhyiddin Yassin dalam hantaran di Facebook berharap kerajaan negeri Kedah serta agensi-agensi berkaitan dapat menyegerakan bantuan kepada penduduk di kampung-kampung yang terlibat dalam bencana ini.

Tambah beliau, Keselamatan dan bekalan makanan perlu menjadi keutamaan ketika ini.

“Saya difahamkan bahawa petugas-petugas keselamatan dan kecemasan seperti Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (Bomba) serta APM telah melakukan operasi menyelamat dan pemantauan bagi memastikan keselamatan penduduk di kawasan bencana terjamin,”katanya.

Ahli Parlimen Pagoh itu mendoakan tugas pasukan keselamatan ini dipermudah.

Jelasnya, penduduk yang terjejas dipindahkan ke pusat pemindahan sementara disediakan bantuan dan perlindungan sewajarnya, dengan selamat dan teratur terutamanya ketika dalam situasi pandemik COVID-19.

Written by Ezri

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Amat malang negara ditadbir pemimpin yang mewarisi kegagalan

Kes gangguan seksual: Pendakwah popular hadir beri keterangan