in

Belum terima tarikh untuk tarik semula sokongan terhadap PN

Menteri Sains dan Teknologi, Khairy Jamaluddin berkata, beliau berpegang kepada kenyataan yang dibuat oleh Setiausaha Agung UMNO mengenai sebarang keputusan untuk Menteri dan timbalan Menteri dari parti UMNO untuk meletakkan jawatan dalam Kabinet atau menarik sokongan terhadap Kerajaan Perikatan Nasional.

Tambahnya, sehingga kini beliau masih lagi belum menerima sebarang kenyaataan daripada Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan, mengenai tarikh sebenar untuk menarik semula sokongan.

Beliau turut menegaskan, kenyataan yang dikeluarkan oleh ‘Taj Mahal’ (Tajuddin Rahman) pada awal bulan ini bahawa ahli-ahli UMNO yang sedang berkhidmat sebagai Menteri akan melepaskan jawatan masing-masing menjelang Ogos depan adalah tidak sama seperti yang disebut Ahmad Maslan.

“Kita berpegang kepada kenyataan yang telah dibuat Setiausaha Agung UMNO tidak sebut apa-apa tarikh (letak jawatan),” katanya.

Written by Ezri

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

RM50K compound is outrageous

Kompaun RM50,000 jalan menuju kemiskinan- Syed Saddiq