in

Belum menerima laporan Zahid, Anwar-KPN

Presiden UMNO, Datuk Seri Zahid Hamidi dan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim dinasihatkan untuk membuat laporan polis berhubung penyebaran audio perbualan yang tular baru-baru ini kata Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador.

Menurut ketua polis negara, kedua-dua pemimpin itu sehingga kini masih belum membuat laporan polis mengenai rakaman yang tular.

“Laporan belum dibuat, jadi kita tunggu. Kalau betul beliau difitnah, buat laporan demi kebaikan’, katanya.

Tambahnya lagi, sejak audio itu tular pada Rabu lalu, tujuh laporang polis telah diterima.

Jelasnya lagi, siasatan lanjut mengenai rakaman audio termasuk menganalisa suara yang tular itu akan dijalankan  selepas kertas siasatan dibuka.

Walau bagaimanapun, Zahid Hamidi dan Anwar Ibrahim sebelum ini, mengeluarkan kenyataan bahawa mereka telah mengarahkan pegawainya untuk membuat laporan polis.

Written by Ezri

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Should UMNO and PKR work together?

Timbalan Menteri tidur dalam majlis graduasi