in , , ,

Bekas tentera enggan di vaksin fail semakan kehakiman

Kuala Lumpur: Bekas sarjan tentera yang diberhentikan perkhidmatan selepas menolak vaksinasi COVID-19 memfailkan permohonan semakan kehakiman bagi membatalkan keputusan Tentera Darat Malaysia (TDM) itu.

Wan Ramli Wan Seman, yang pernah bertugas di batalion ke-24 Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD) di Kem Rasah, Negeri Sembilan telah memfailkan semakan kehakiman tersebut di Mahkamah Tinggi di sini, semalam.

Suzana Norlihan Ujien, peguam mewakili bekas tentera itu mengesahkan perkara berkenaan di mana Wan Ramli menamakan Leftenan-Kolonel Sharull Hesham Md Yasin, Leftenan Mohamad Azammunir Mohd Ashri, Panglima TDM, Jeneral Zamrose Mohd Zain, TDM dan kerajaan sebagai responden.

Sharull merupakan pegawai memerintah Kem Rasah manakala Azammunir didakwa sebagai pegawai yang menandatangani surat pemberhentian tersebut.

Kedua-dua mereka dianggap berada di bawah pengawasan, kawalan, arahan dan undang-undang serta pentadbiran dasar dari tiga responden yang lain.

Wan Ramli meminta pengisytiharan bahawa surat pemberhentian bertarikh 4 Ogos tahun ini dan penamatan perkhidmatannya adalah tidak sah serta tidak membawa kesan.

Menurut kertas kausa, Wan Ramli mendakwa bahawa pada 3 Julai lalu, dia mendapat arahan untuk mengambil vaksin COVID-19 di klinik Kem Rasah, namun beliau menggunakan hak perlembagaannya untuk tidak menerima vaksin berkenaan.

Dakwa Wan Ramli, dia kemudiannya di kerah untuk menjalani soal siasat beberapa kali pada tarikh 5, 6 dan 9 Julai, di mana dia didakwa “diletakkan di bawah tekanan luar biasa dan dimarahi oleh beberapa petugas kerana menolak diberi vaksin”.

Tambah bekas sarjan tentera itu, beliau telah diadili oleh Sharull pada 10 Julai dan didakwa di bawah empat peruntukan Akta Angkatan Tentera 1972, iaitu kerana tidak mematuhi perintah untuk diberi vaksin, menggunakan bahasa yang teruk atau tidak sesuai terhadap pegawai atasan, tidak mematuhi perintah tetap serta melakukan prasangka terhadap ketertiban dan tatatertib yang baik.

Wan Ramli mendakwa Sharull menolak permintaannya untuk diadili, yang menurutnya merupakan pelanggaran serius terhadap keadilan serta didakwa menghilangkan mata pencariannya yang dilindungi di bawah Perkara 5 (1) Perlembagaan Persekutuan.

Beliau berpendapat bahawa dia hanya mengatakan “Saya masih tidak setuju untuk diberi vaksin”, yang menurutnya tidak teruk atau merupakan bahasa yang tidak wajar malah Wan Ramli juga berkata bahawa dia memiliki hak untuk menolak vaksinasi.

Dakwa bekas sarjan itu lagi, pada 3 Ogos lalu, beliau diberitahu bahawa pemberhentiannya berkuat kuasa mulai 26 Ogos tahun ini, yang jauh lebih awal daripada pemberhentian sepatutnya pada 20 Januari 2023.

Sementara itu, Suzana menjelaskan bahawa kertas kausa belum diserahkan kepada lima responden terbabit kerana tindakan undang-undang baru diajukan semalam dan mengatakan bahawa setelah kertas kausa diambil dari mahkamah, pihaknya akan memberikan salinan permohonan semakan kehakiman kepada responden.

“Gopal Sri Ram juga merupakan penasihat utama bagi pemohon (Wan Ramli),” tambahnya merujuk kepada bekas hakim mahkamah persekutuan Sri Ram.

Written by Ezri

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Tidak adil paksa pelajar ambil vaksin eksperimental

Ahmad Mazlan lepas dan bebas dari pertuduhan