in ,

Bekas pesakit COVID-19 dijemput sertai penyelidikan perubatan

KUALA LUMPUR: Rakyat negara ini yang pernah dijangkiti virus COVID-19 dijemput menyertai penyelidikan perubatan bertajuk ‘Kajian Membujur Tindak Balas Antibodi Neutralisasi Dalam Kalangan Pesakit COVID-19 di Malaysia’.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, berkata kajian itu dijalankan sekumpulan penyelidik dari Institut Penyelidikan Perubatan (IMR) di Institut Kesihatan Negara, Kementerian Kesihatan (KKM).

“Kajian ini penting bagi mengetahui paras antibodi neutralisasi (imuniti) dalam darah yang boleh menghalang kuman COVID-19 daripada menjangkiti pesakit yang pernah dijangkiti sebelum ini.

“Penyelidikan ini mendapat kelulusan Jawatankuasa Etika Penyelidikan Perubatan (MREC) KKM (NMRR-20-1676-55108),” katanya menerusi Facebook.

Beliau berkata keterangan lanjut mengenai perkara itu, boleh menghubungi Dr Rafiza Shaharudin (rafiza.s@moh.gov.my) atau telefon: 03-33627753 dan Dr Masita Arip (masita.a@moh.gov.my ) atau telefon: 03-33627735. – BERNAMA

Written by Ezri

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Kepentingan Memakai Pelitup Muka

Ahmad Zahid dijadual menghadap Agong Khamis ini