in ,

Bekalan air di Selangor pulih sepenuhnya

SHAH ALAM: Semua 1,292 kawasan di tujuh wilayah yang terjejas dengan gangguan bekalan air tidak berjadual berikutan henti tugas Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Selangor Fasa 1,2,3 dan Rantau Panjang sudah pulih sepenuhnya.

Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) menerusi kenyataan memaklumkan semua kawasan yang terjejas sudah menerima bekalan air bersih sepenuhnya pada jam 6 pagi ini.

“Air Selangor ingin mengucapkan terima kasih kepada pengguna di atas kesabaran dan kerjasama yang diberikan sepanjang tempoh gangguan bekalan air berjadual ini.

“Air Selangor menyarankan pengguna untuk mendapatkan maklumat rasmi gangguan bekalan air melalui saluran-saluran komunikasi rasmi Air Selangor termasuk aplikasi Air Selangor, Facebook, Twitter dan Instagram, serta laman sesawang kami di www.airselangor.com.

“Sentiasa gunakan air secara berhemat,” katanya.

Terdahulu, Isnin lalu empat LRA terpaksa dihenti tugas berikutan pencemaran sumber air mentah dikesan di Sungai Selangor pada jam 2 pagi.

Henti tugas keempat-empat loji itu menyebabkan gangguan bekalan air tidak berjadual membabitkan 1,196,457 akaun merangkumi 1,292 kawasan di Wilayah Kuala Lumpur, Petaling, Klang/Shah Alam, Kuala Selangor, Hulu Selangor, Gombak dan Kuala Langat.

Written by Ezri

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

COVID-19: Pesakit terjun dari tingkat 8

Lelaki tanpa identiti maut, kepala hancur