in ,

Bekalan air di 274 kawasan di Selangor pulih

SHAH ALAM: Sejumlah 274 kawasan di Petaling, Hulu Langat, Kuala Langat, Sepang dan Putrajaya merangkumi 309,687 akaun pelanggan yang terjejas susulan gangguan air tidak berjadual sudah menerima bekalan air bersih sepenuhnya.

Ketua Pegawai Eksekutif Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor), Suhaimi Kamaralzaman, berkata air bersih yang disalurkan kepada pengguna sudah melalui ujian kualiti dan pematuhan yang ditetapkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

“Secara keseluruhannya, Pelan Pemulihan Bekalan Air berjaya dilaksanakan 12 jam lebih awal daripada yang dijadualkan setelah Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Semenyih dan LRA Bukit Tampoi kembali beroperasi,” katanya.

Maklumat lanjut mengenai gangguan bekalan air boleh diperoleh saluran komunikasi rasmi Air Selangor dengan merujuk aplikasi Air Selangor, media sosial Air Selangor di Twitter, Facebook, Instagram dan laman sesawang www.airselangor.com.

Written by Ezri

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

ABPBH kembali dengan norma baharu

Bekas pengumpul dana Trump, Elliott Broidy, didakwa melakukan lobi haram terhadap 1MDB