in

Bantuan mesra Parlimen Petaling Jaya berterusan

PETALING JAYA: Selangor mencatatkan jumlah kes  harian COVID-19 tertinggi di Malaysia. Antaranya di Mentari Court, PJS 8/9 yang diumumkan menjalani Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD).

Proses keluar dan masuk ke kawasan terlibat kini di selia ketat serta baik oleh petugas-petugas
frontliners terdiri daripada KKM, JKM, MBPJ, PDRM, ATM, RELA dan JMB Mentari Court.

UMNO Petaling Jaya melibatkan DUN Seri Setia, DUN Bukit Gasing serta DUN
Taman Medan yang diketuai Pasukan Bantuan COVID-19, Dato’ Hj. Mutalib, Pengerusi Barisan Nasional
Parlimen Petaling Jaya telah hadir membantu ke kawasan terjejas bagi melaksanakan kerja-kerja amal.

Menurut Datuk Mutalif Rahim Bantuan Khas PKP COVID-19 telah dilaksanakan sejak PKP 1.0 tanpa gagal
dan berhenti. Walaupun berpanas serta berhujan, namun hajat Pasukan Bantuan COVID-19 untuk
menyampaikan bantuan dari rumah ke rumah tetap diteruskan.

Antara sumbangan dihulurkan seperti bakul makanan yang terdiri daripada makanan asas dengan harapan agar penerima dapat menggunakannya selama seminggu sehingga dua minggu.

“Keseluruhan sebanyak 10,000 set barangan keperluan harian disediakan khas buat penduduk di
kawasan Parlimen Petaling Jaya dengan kos setiap set dianggarkan berharga di bawah RM100.

“Doakan agar permudahkan urusan sumbangan ini dan jauhkan musibah wabak berbahaya ini dari kawasan serta
negara kita malahan seluruh dunia. Duduk di rumah, ikut arahan kerajaan dan patuhi SOP agar kita
mampu putuskan rantaian dan terus lenyapkan COVID-19,” ujar beliau.

“Rakyat harus diutamakan. Walaupun saya seorang ahli politik dan pernah tewas bertanding pada
PRU14 lalu, tetapi bagi saya hal rakyat perlu diutamakan dahulu.

“Malahan, walaupun tanpa peruntukan dan kawasan PKPD terlibat bukan terletak di kawasan parti pembangkang, kami telah di didik oleh kerajaan Barisan Nasional untuk menghulurkan bantuan kepada rakyat,” tegas Dato’ Hj. Mutalib.

“Bagi saya tidak salah membela dan membantu rakyat dalam waktu cemas kini. Ada kuasa atau tiada
kuasa dan tidak kisahlah kita berbeza pandangan politik mahupun bangsa, apa yang penting kita
semuanya satu Malaysia. Cuma pada PRU15 akan datang saya minta pada rakyat agar supaya jangan
lupa. Tidak mengapa untuk memaafkan, tetapi janganlah lupa,” katanya.

Written by Ezri

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Kerajaan setuju Mesyuarat Khas Penggal Ketiga Parlimen diadakan

Astrazeneca: Malaysia will request explanation from EU