in ,

Bau seperti bangkai dikesan di Sungai Pajam

SHAH ALAM: Lembaga Urus Air Selangor (Luas) mengesan bau seperti bangkai di ruang udara Sungai Pajam, anak Sungai Beranang (Sungai Beranang anak Sungai Semenyih).

Menurut Luas, pihaknya juga meneruskan pemantauan di kawasan Sungai Batang Benar bagi mengenal pasti potensi punca bau.

“Bau yang sangat kuat itu dikesan susulan siasatan yang dijalankan sebaik menerima laporan dari Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) berhubung Loji Rawatan Air (LRA) Semenyih dan Bukit Tampoi terpaksa dihenti tugas pada 4.30 petang tadi (semalam).

“Bau sehingga empat ton dikesan di muka sauk LRA Sungai Semenyih dan tiga ton di Bukit Tampoi,” katanya dalam kenyataan media, malam tadi.

Luas juga sudah mengaktifkan Kod Merah berdasarkan Manual Kecemasan Pencemaran Sumber Air bagi siasatan secara menyeluruh di kawasan terbabit.

“Anggaran jarak dari lokasi siasatan ke muka sauk LRA Sungai Semenyih kira-kira 15 kilometer.

“Badan Kawal Selia Air Negeri Sembilan (BKSA N9) juga sudah dimaklumkan untuk bersama-sama menjalankan siasatan di kawasan Negeri Sembilan,” katanya.

Dalam pada itu, Luas dan Air Selangor meneruskan siasatan ke beberapa lokasi bagi mengenal pasti punca pencemaran terbabit.

“LUAS sedang melaksanakan langkah pengepaman air di Tasik Idaman Sungai Buah ke Sungai Semenyih untuk meningkatkan kadar pencairan.

“Luas, Air Selangor dan pihak terbabit sedang bertungkus-lumus menjalankan siasatan dan langkah mitigasi segera bagi menangani insiden ini malah pemantauan rapi dari semasa ke semasa sedang dilakukan,” katanya. – METRO

Written by Ezri

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Anak Mat Sabu rayu ketepikan sabitan, hukuman

Punca pencemaran dari kawasan industri – Tuan Ibrahim