in ,

Bapa bunuh anak terpaksa diusung ke mahkamah

BACHOK: Suspek yang dipercayai membunuh anak lelakinya berusia lapan bulan terpaksa diusung oleh enam anggota polis ke Mahkamah Bachok untuk mendapatkan perintah tahanan reman.

Suspek berusia 40 tahun dikatakan enggan keluar dari kereta dan membaca beberapa surah al-Quran dengan alasan untuk berdoa.

agaimanapun, selepas 10 minit menunggu, anggota polis terpaksa mengusung suspek masuk ke mahkamah.

Suspek direman tujuh hari bagi membantu siasatan berhubung kes pembunuhan anaknya dalam kejadian di Kampung Sungai Dua di sini, pagi semalam.

Perintah tahanan reman dikeluarkan oleh Majistret Mohd Dinie Shazwan Ab Shukor.

Perintah reman dikeluarkan mengikut Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah bagi membolehkan siasatan dijalankan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Dalam kejadian pagi semalam, seorang bayi lelaki berusia lapan bulan ditemui mati dalam keadaan menyayat hati termasuk badan dilumur garam dipercayai dibunuh bapa kandung menggunakan objek tumpul.

Kematian Wan Mohamad Afiq Wan Roslan dipercayai dilakukan bapa mangsa yang mengalami masalah gangguan mental sebelum disedari jam 11.30 pagi. – BERITA HARIAN

Written by Ezri

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Syarikat penerbangan global sambung operasi di KLIA

COVID-19: Semua banduan Penjara Seberang Prai jalani saringan