in

Bantuan Khas Kewangan RM1,000 iktiraf komuniti di Selangor

Kerajaan negeri Selangor mengumumkan Bantuan Khas Kewangan (BKK) sempena Aidilfitri yang bakal menjelma tidak lama lagi sebanyak setengah bulan gaji atau minimum RM1,000 kepada semua penjawat awam negeri yang akan di bayar pada bulan hadapan.

Menerusi hantaran di Facebook, Menteri Besar Datuk Seri Amiruddin Shari berkata, BKK juga akan diberikan kepada ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, speaker dan timbalan speaker, ahli Dewan Undangan Negeri, pengurusan tertinggi dan anggota perkhidmatan kerajaan negeri yang gajinya dibayar oleh kerajaan persekutuan.

“Kerajaan Negeri mengiktiraf sumbangan dan peranan penting yang dimainkan oleh pemimpin masyarakat dan komuniti di Selangor. Oleh itu, sukacita diumumkan Bantuan Khas Kewangan berjumlah RM1,000 kepada pemimpin masyarakat iaitu Pengerusi MPKK, Pegawai Perhubungan Kampung Baru/ Bagan/ Tersusun, Ketua Komuniti India dan Penyelia Wanita Berdaya (PWB) manakala Penggerak Belia Selangor (PeBs) pula bakal menerima BKK sebanyak RM500, tulisnya di Facebook.

Tambahnya lagi, “Kerajaan Negeri turut mengumumkan Bantuan Khas Kewangan berjumlah RM500 kepada Setiausaha MPKK dan petugas masjid (Nazir, Imam, Siak dan Bilal) akan yang akan disumbangkan menerusi CSR Anak Syarikat Kerajaan Negeri.”

Jelas beliau, Kerajaan Negeri mengiktiraf sumbangan dan peranan penting yang dimainkan oleh pemimpin masyarakat dan komuniti di Selangor.

Written by Ezri

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

“Has PN failed in implementing the order of Yang di-Pertuan Agong?” -Zahid

Is Azlan suitable to replace Shahidan as UMNO Liaison Body?