in ,

BANJIR DI PAHANG, TERENGGANU DAN KELANTAN TAMBAH TERUK

Jumlah mangsa banjir di Pahang, Terengganu dan Kelantan terus mencatatkan peningkatan, sementara keadaan banjir di Perak, Selangor dan Johor semakin berkurangan.

Di Pahang, situasi bertambah buruk apabila mangsa banjir yang dipindahkan di 241 PPS mencatatkan angka 18,976 orang daripada 5,032 keluarga.

Di Terengganu, Ketua Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Lt Kol (PA) Che Adam A Rahman memaklumkan, jumlah mangsa banjir meningkat kepada 267 orang berbanding 117 orang semalam berikutan pembukaan semula dua PPS di Dungun yang menempatkan 156 mangsa.

Di Kelantan, Tanah Merah menjadi jajahan kedua dilanda banjir di Kelantan dengan lapan PPS diaktifkan bagi menempatkan 125 mangsa daripada 33 keluarga.

Berita selanjutnya menyusul.

Written by Ezri

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

KUMPULAN PENDIDIKAN TIDAK GEMBIRA CADANGAN BATAL SPM

UMNO TERIMA IMPAK BESAR JIKA TINGGALKAN PN