in

Baliklah dan hadir ke mahkamah- KPN

Usahawan kontroversi Nur Sajat atau nama sebenarnya, Muhammad Sajjad Kamaruzzaman yang menghilangkan diri, ‘Baliklah dan hadir ke mahkamah’ pesan Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador terhadap usahawan kosmetik itu.

Menurut ketua polis negara, Abdul Hamid, pihak polis masih mengesan lokasi sebenar selain terdapat kekangan di sempadan disebabkan banyak Lorong-lorong tikus.

“Belum ada apa-apa lagi, dia masih lagi bersempunyi. Kalau dia nak ‘upload’ dia punya aktiviti dia diluar, kita tunggulah. Jerat tidak akan melupakan pelanduk, dia akan balik.

Tambahnya lagi, “saya hairan, dia tidak berhadapan dengan satu hukuman yang boleh dipenjarakan 20 tahun atau dihukum gantung. Baliklah dan hadir ke mahkamah,”katanya”.

Terdahulu, Jabatan Imigresen Malaysia telah berkongsi maklumat dengan pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) susulan kemungkinan usahawan kosmetik kontroversi itu berada di luar negara.

Written by Ezri

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

SRC: Mahkamah dengar rayuan Najib Razak esok

Bina lebih 600 unit rumah PPR di Kedah- Zuraida