in ,

Baim Wong bakal timang anak kedua

Selepas hampir setahun menimang cahaya mata sulung, pelakon Indonesia, Baim Wong bakal menimang cahaya mata kedua apabila isterinya, Paula Verhoeven hamil lagi.

Baim, 39, yang pernah popular di Malaysia berkongsi berita itu di YouTube, ketika berkolaborasi dengan Sensasi YouTube, Mak Beti baru-baru ini.

Menerusi video itu, pelakon drama Bukan Cinta Aku itu, memaklumkan usia kandungan Paula sudah mencecah dua bulan selepas ditanya oleh Mak Beti mengenai jantina bayi mereka.

“Belum tahu lagi jantina. Baru sebulan dua bulan,” katanya.

Perkongsian itu turut menerima reaksi positif daripada peminat pasangan terbabit yang terus menerus memberikan ucapan tahniah di pelbagai platform media sosial.

Terdahulu, Baim dan Paula berkahwin pada 22 November 2018 dan dikurniakan anak lelaki, Kiano Tiger Wong yang kini mencecah usia hampir satu tahun.

 

Written by Ezri

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Mohd Hamdi dilantik Naib Canselor UM

Muhyiddin beri bayangan Belanjawan 2021 tumpu usaha perangi COVID-19