Pengarah Pilihan Raya UMNO, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman berkata, UMNO tidak pernah menyekat atau menghalang pemimpin muda untuk menjadi calon pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Malahan, UMNO menyambut baik mengenai gabungan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang ingin calon akan datang berusia di bawah umur 65 tahun.

Menurutnya lagi, UMNO perlu kombinasi calon muda dan berusia yang berpengalaman untuk menjadi wakil rakyat serta mentadbir negara.

“Baguslah calon PRU bawah 65 tahun, jadi orang-orang macam saya bolehlah berehat. Tak payah buat kerja lagi. Kita memang menggalakkan orang muda, tokoh muda yang ada kelebihan dari segi fizikal, mental. Tapi ada kekurangannya. Pengalaman tidak boleh dibandingkan dengan orang lama” katanya.

Beliau berkata bagi mengulas mengenai NGO yang menuntut penambahbaikan dalam menyuburkan amalan demokrasi di negara ini seperti had calon umur Ahli Parlimen.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *