in

Bagaimana nak harap PKP 3.0 untuk putuskan rantaian Covid? – Najib Razak

Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, 60% kluster adalah daripada kilang dan tapak pembinaan.

Tambanya, kilang dan tapak pembinaan merupakan sektor yang dibenarkan beroperasi.

Menerusi hantaran di Facebooknya, beliau menyoal mengenai keberkesanan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 2.0 dan PKP 3.0 bagi memutuskan rantaian COVID-19 yang baru diumumkan oleh Perdana Menteri Muhyiddin Yassin semalam.

Jadi, bagaimana nak harap PKP 2.0 dan PKP 3.0 untuk putuskan rantaian Covid? Soal Najib Razak.

Menurut Ahli Parlimen Pekan itu, sejak darurat diumumkan pada 11 Januari lalu, kilang-kilang dan tapak pembinaan atau syarikat asing tidak pernah ditutup.

“Kedai-kedai kecil tutup 2 bulan (11 Jan to 4 Mac), sektor pelancongan yang melibatkan berjuta orang tutup atau sangat terjejas dari 11 Jan hingga kini sebab larangan rentas negeri.

“sektor pendidikan termasuk sektor berkaitan seperti pengusaha bas sekolah tutup 2 bulan (11 Jan hinnga 4 Mac) lalu tutup semula bulan Mei, tulisnya di Facebook.

“Sektor hiburan tutup sejak 11 Jan hingga kini. Lima bulan takde income. lain-lain sektor sekejap dibenar buka, sekejap diarah tutup atau sangat terjejas sebab ramai pelangan kurang keluar rumah selagi jumlah kes Covid tinggi,” tambahnya.

https://www.facebook.com/najibrazak/posts/10157882030780952

Semalam Perdana Menteri mengumunkan PKP dilaksanakan dan berkuatkuasa 12 Mei hingga 7 jun ini.

Walau bagaimanapun, semua sektor ekonomi masih dibenarkan  beroperasi dalam tempoh PKP.

Written by Ezri

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

If exercise is allowed, why not Eid prayer?

Ibrahim Ali Admit receiving 1MDB check from Najib.