Datuk Seri Mohamed Azmin Ali kekal sebagai Menteri Kanan dan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI).
Ahli Parlimen Gombak itu, komited untuk memastikan ekonomi negara terus berkembang maju atas pertumbuhan mampan dan pemulihan yang lestari, selepas diberi sekali lagi kepercayaan meneraju MITI.
Azmin Ali menerusi ciapannya dalam twitter hari ini merakamkan ucapan terima kasih kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob di atas kepercayaan yang diberikan sebagai Menteri Kanan dan MITI.
Terima kasih YAB @IsmailSabri60 atas kepercayaan dan amanah untuk saya kekal memimpin @MITIMalaysia. Insyallah, saya terus komited untuk memastikan ekonomi akan terus mara di atas pertumbuhan mampan dan pemulihan yang lestari demi Keluarga Malaysia.
Back to serve 🇲🇾
— Mohamed Azmin Ali 🇲🇾 (@AzminAli) August 27, 2021
“Terima Kasih YAB @IsmailSabri atas kepercayaan dan Amanah untuk saya kekal memimpin @MITIMalaysia.
“Insyallah, saya terus komited untuk memastikan ekonomi akan terus mara di atas pertumbuhan mampan dan pemulihan yang lestari demi Keluarga Malaysia.
“Back to serve (Kembali berkhidmat untuk negara),(emoji Bendera Malaysia),”tulisnya di twitter.
Azmin Ali merupakan antara wajah lama yang membarisi cabinet pimpinan Perdana Menteri Ismail Sabri yang diumumkan hari ini.