in ,

Asyraf Wajdi: UMNO Tidak Sertai PN, Tapi Dukung Kerajaan PN

Di dalam nukilan beliau di laman media sosial Facebook, Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Dr. Asyraf Wajdi Dusuki menjawab persoalan rakyat berkenaan penglibatan UMNO di dalam penubuhan Majlis Presiden Perikatan Nasional (PN) dan apakah UMNO sudah merubah pendirian untuk menyertai PN.

Di dalam penulisan beliau, Ketua Pergerakan Pemuda UMNO itu menyatakan pendirian jelas Majlis Tertinggi UMNO dan Dewan Tertinggi Barisan Nasional (BN) untuk mendokong kerajaan PN dan tidak sesekali bersetuju untuk menyertai PN sebagai parti komponen.

Setakat ini parti-parti yang menganggotai PN adalah PPBM, PAS, STAR dan SAPP, manakala gabungan parti yang membentuk kerajaan PN melibatkan persefahaman 12 parti politik termasuk UMNO dan tiga parti komponen BN iaitu MCA, MIC dan PBRS, Gabungan Parti-parti Sarawak (GPS) dan Parti Perikatan Nasional (PPBM, PAS, STAR dan SAPP).

Majlis Presiden yang dicadangkan oleh UMNO ketika pembentukan Kerajaan PN pada Mac 2020 adalah bertujuan untuk memastikan dasar-dasar penting negara dibincangkan terlebih dahulu oleh rakan kongsi PN yang terdiri daripada kesepakatan parti-parti politik.

Ia juga dilihat mampu mengelakkan pertelingkahan dan perbezaan pandangan terhadap dasar-dasar penting seperti pengisytiharan darurat yang tidak dirujuk UMNO dan mencetuskan pergeseran antara parti-parti PN.

Bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15 kelak, Dr Asyraf Wajdi memberi bayangan bahawa pengagihan kerusi bukan lagi melibatkan dua parti politik yang membentuk Muafakat Nasional (MN) iaitu UMNO dan PAS, tetapi diantara BN dan PN kerana PAS secara rasmi menyertai PN sebagai parti komponen.

Berita selanjutnya menyusul.

Written by Ezri

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Perikatan Nasional Tubuh Majlis Presiden

Annuar Musa – Jangan Guna Parti Untuk Kepentingan Diri