in ,

Asyik tukar kerajaan, Dr Mahathir tiada ‘penawar’ Melaka

PUTRAJAYA, 9 Okt — Dua kali berubah kepimpinan, Tun Dr Mahathir Mohamad tidak melihat kaedah mengukuhkan kerajaan negeri Melaka.

Bekas perdana menteri berkata sikap ahli politik yang gemar beralih sokongan mengubah landskap politik tempatan.

“Saya tidak tahu macam mana hendak kukuh. Dalam jangka masa pendek sudah tukar dua kali.

“Masuk satu [kerajaan] nanti tukar pula. Tidak suka seseorang, lompat. Semua jenis katak.

“Sudah pilih ketua menteri sokong beliaulah. Jangan beri jatuh. Orang lain bagi naik, orang lain pula bagi jatuh,” katanya.

Ahli Parlimen Langkawi berkata demikian selepas merasmikan Misi Jelajah Prihatin Parti Pejuang Tanah Air di sini hari ini.

Dr Mahathir berkata walau Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka dibubarkan mengikut lunas perlembagaan, namun ia wajar dielakkan.

“Jangan ada pilihan raya kerana akan jadi peristiwa seperti di Sabah yang mana Covid-19 merebak ke seluruh negara,” katanya.

DUN Melaka dibubarkan pada Isnin selepas empat Adun di bawah Perikatan Nasional menarik semula sokongan terhadap ketua menteri.

 

 

Written by Kamil Awang

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

81 kontraktor bumiputra terlibat dalam projek ECRL

Orang Melayu jarang bunuh diri, kata Dr Mahathir