in ,

Astro tayang program menarik sempena sambutan Maulidur Rasul

Bersempena dengan sambutan Maulidur Rasul bagi memperingati kelahiran junjungan besar Rasulullah SAW, Astro dengan berbesar hati mempersembahkan pelbagai pengisian menarik dari saluran Oasis, NAURA dan Warna, serta di platfrom digital My Salam Muslim.

Menerusi kandungan yang penuh bermanfaat bagi seluruh lapisan masyarakat, Astro berharap program-program istimewa sempena Maulidur Rasul pada tahun ini dapat menguatkan lagi rasa cinta dan hormat, sekali gus mengenang jasa dan pengorbanan Rasulullah SAW.

 

Antara yang menarik di saluran-saluran Astro sempena Maulidur Rasul tahun ini adalah:

 

‘Punchline DAC: Istimewa Maulidur Rasul’

  • Astro Warna
  • 28 Oktober 2020 (Rabu), jam 9 malam
  • Sinopsis: Istimewa Maulidur Rasul ini, Datuk AC Mizal menjemput PU Azman, Yana Samsudin, dan Uncle Kentang (Kuan Chee Heng) untuk bercerita tentang pengalaman hidup yang sudah tentu boleh menjadi contoh dan tauladan bagi orang ramai.
  • Hos: Datuk AC Mizal
  • Tetamu Jemputan: Yana Samsudin, PU Azman, Uncle Kentang (Kuan Chee Heng)

 

 

‘Iman Hakiki’

  • Astro Oasis
  • 29 Oktober 2020 (Khamis), jam 10 pagi
  • Sinopsis: Iman seorang musafir yang disalah erti cuba menunjuk pandai dan mencampuri urusan masjid. Bilal yang bercita-cita menjadi pengganti imam masjid menjadi riak dengan jawatannya dan tidak suka pada Iman. Iman mahu mengimarahkan masjid tetapi Bilal mahu menutup masjid setiap kali lepas solat. Pertentangan pendapat ini membuatkan Bilal rasa tercabar, sedangkan Iman hanya mahu mengimarahkan masjid seperti di zaman Nabi Muhammad SAW, dihiasi siang dan malam dengan ayat Al-Quran, zikir dan pelbagai aktiviti agama. Berjayakah Iman Hakiki?
  • Barisan Pelakon: Hisham Hamid, PU Azman, Datuk Rahim Razali, Ruminah Sidek, Zaidi Omar, dan Atita Haris
  • Pengarah: Rashid Sibir

 

‘Life & Love with Lisa’

  • NAURA
  • 29 Oktober 2020 (Khamis), jam 8 malam
  • Sinopsis: Life & Love with Lisa adalah program yang dihoskan oleh Lisa Surihani dengan barisan tetamu yang terdiri daripada selebriti tanah air yang pernah menunaikan ibadah Haji. Tetamu-tetamu selebriti yang datang akan berkongsi perjalanan mereka sepanjang menunaikan ibadah haji dan bagaimana perubahan baru tersebut memberi makna kepada kehidupan masa kini disamping kehidupan bergelar wanita bekerjaya.
  • Hos: Lisa Surihani

 

Di platform digital My Salam Muslim pula:

 

‘Sketsa Cara Kita vs Cara Sunnah’

  • Saluran YouTube dan Instagram My Salam Muslim
  • Mulai: 27 Oktober 2020 (Selasa), jam 12 tengah hari
  • Sinopsis: Sketsa komedi yang menunjukkan perbandingan cara orang biasa menjalani situasi atau rutin harian vs cara sunnah Nabi Muhammad SAW.

 

 

‘MV Hadirmu Ya Rasulullah (Thola’al Badru)’

  • Saluran YouTube dan Instagram My Salam Muslim
  • 28 Oktober 2020 (Rabu), jam 8 malam
  • Sinopsis: Dendangan Thola’al Badru, selawat ke atas Rasulullah SAW yang diberi nafas baru, nyanyian Azzam Sham, Mawi, Lah Ahmad dan Fadh Majid.
  • Artis: Azzam Sham, Mawi, Lah Ahmad dan Fadh Majid

 

 

 

Written by Ezri

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Dolla terharu media antarabangsa bandingkan mereka dengan BLACKPINK

Tatu Borneo – Seni Yang Semakin Pudar