in ,

Arahan BDR masih terpakai sepanjang PKPB

KUALA LUMPUR: Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) memaklumkan, Arahan Bekerja Dari Rumah (BDR) masih terpakai sepanjang PKPB.

Dalam kenyataan di Facebook rasminya, MITI bagaimanapun berkata, arahan BDR sama seperti diumumkan terdahulu dan terpakai kepada pekerja di peringkat pengurusan dan penyeliaan pejabat susulan perlanjutan PKPB hingga 9 November ini.

“Jika pekerja kumpulan ini perlu ke pejabat hanya 10 peratus dibenarkan hadir bermula jam 10 pagi hingga 2 petang selama tiga hari seminggu,” katanya.

Semalam, Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata perlanjutan PKPB di tiga negeri itu dibuat berdasarkan penilaian risiko oleh Kementerian Kesihatan (KKM).

KKM katanya, mendapati masih terdapat lokasi berisiko tinggi bagi penularan COVID-19 di kawasan berkenaan. -BERITA HARIAN

 

Written by Ezri

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Angin, ombak kuat dipercayai punca kapal Dayang Topaz hampir karam

Malaysia kecam Charlie Hebdo mahu terbit semula karikatur Rasullulah