Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan kerajaan lemah seperti Perikatan Nasional (PN) akan terus tunduk kepada watak-watak rakus yang meletakkan kepentingan sendiri berbanding kebajikan rakyat.

Mengulas mengenai kegagalan pembangkang untuk menolak bacaan kali ketiga Rang Undang-Undang (RUU) Perbekalan 2021, Anwar mendakwa PN akan terus berdepan masalah keyakinan di masa akan datang.

“Meski Belanjawan 2021 berjaya diluluskan di Dewan Rakyat hari ini, masih terdapat banyak perkara dan butir-butir di dalam belanjawan yang tidak dihiraukan oleh kerajaan PN.”

“Atas sebab ini juga pembangkang sepakat untuk membantah belanjawan tersebut.”

Beliau turut berkata belanjawan yang dibentangkan mempunyai banyak kelemahan, yang terbukti wujud apabila ia diperdebatkan.

“Belanjawan itu juga terdapat banyak kelemahan, dan ini telah dibukti dan diperdebatkan secara terperinci di Dewan Rakyat oleh ahli-ahli Parlimen.”

“Belanjawan 2021 mencerminkan betapa kerajaan PN hanya mengutamakan hayat politik mereka lebih dari kebajikan dan keterdesakan hidup rakyat.”

Berita selanjutnya menyusul. 

Fadzly Hanaffi Muzayin

By Fadzly Hanaffi Muzayin

Writing opinions about politics, leadership, government, among other things.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *