in

Anwar Ibrahim calon Perdana Menteri PRU15

Pemukinan pimpinan Pakatan Harapan di Port Diction memutuskan bahawa, Dato’ Seri Anwar Ibrahim mengetuai kempen Pilihan Raya Umum ke-15 dan sekali gus diangkat sebagai calon Perdana Menteri.

Keputusan tersebut dibuat pada 8 dan 9 April 2021.

Menerusi hantaran Facebook Pengerusi Pakatan Harapan itu, turut memaklumkan bahawa mereka terbuka untuk berunding dan bekerjasama dengan mana-mana pihak, berdasarkan prinsip dan agenda reformasi demi kepntingan rakyat.

Foto: Facebook Anwar Ibrahim

“Kami mendesak Perdana Menteri untuk segera menasihati Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong untuk memanggil sidang Parlimen dan senafas dengan itu menamatkan Darurat”, katanya.

Jelasnya lagi, “Kami mengulangi ikrar, tekad dan iltizam untuk terus memperkukuh Pakatan Harapan dalam mendepani Pilihan Raya Umum ke-15 dan seterusnya memaparkan upaya untuk mentadbir dan memerintah Negara dengan amanah, demokratik dan adil”

Menurutnya lagi, “Kami mengiktiraf potensi dan kepentingan Wilayah Sabah dan Sarawak sebagai enjin pertumbuhan ekonomi yang baharu dalam memacu pembangunan negara, dengan jaminan pengagihan sumber yang lebih saksama, seiring dengan sinergi pembangunan ibukota baharu Indonesia di Kalimantan”.

Walaun bagaimanapun, Pakatan Harapan (PH) akan memulakan siri jelajah ke negeri-negeri untuk memberikan penerangan kepada rakyat berkait pendirian dan akan menyentuh isu ekonomi rakyat, kestabilan politik dan krisis pandamik COVID-19.

Written by Ezri

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Mobilizing social media to repel accusation and slander – Zahid

Should UMNO and PKR work together?