in ,

Anwar dakwa miliki majoriti bentuk kerajaan

KUALA LUMPUR: Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim mendakwa beliau sudah mendapat majoriti kerusi Parlimen untuk membentuk kerajaan baharu.

Beliau bagaimanapun tidak menyebut berapa kerusi diperolehnya.

“Ya, kami sudah ada majoriti kukuh dan meyakinkan,” katanya pada sidang media khas di sini, sebentar tadi.

Anwar yang juga Ahli Parlimen Port Dickson berkata, beliau seterusnya akan menghadap Yang di-Pertuan Agong dalam masa terdekat.

Beliau berkata, sokongan itu terdiri daripada pelbagai parti, namun tidak mendedahkan secara terperinci mengenainya.

Written by Ezri

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Big Blue TV menang Anugerah Emas & Industri Terbaik UPNM

COVID-19: Kembali dua angka, 71 kes baharu