in , ,

Anwar bidas hujahan Takiyuddin dari luar Parlimen

Kuala Lumpur: Ketua Pembangkang, Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim membidas jawapan Menteri Tenaga dan Sumber Asli, Datuk Seri Haji Takiyuddin bin Hassan berhubung aktiviti pembalakan yang berlaku di Gunung Jerai susulan selepas beliau disenyapkan oleh Speaker Dewan Rakyat pada Isnin lalu.

Anwar Ibrahim menjelaskan Gunung Jerai tidak berada di dalam Hutan Simpan Kekal (HSK) Ulu Muda. Justeru, segala kenyataan yang dibuat Takiyuddin Hassan tidak tepat dan mengelirukan.

Katanya, merujuk kepada insiden kepala air yang berlaku di kawasan berkenaan sebelum ini, pihak kementerian harus melaksanakan siasatan menyeluruh apakah berlaku sebarang aktiviti pencerobohan hutan di kawasan tersebut.

“Ini kerana Jabatan Perhutanan Negeri Kedah (JPNK) sebelum ini mengenalpasti kira-kira 3,500 hektar kawasan hutan simpan di seluruh negeri itu telah diteroka secara haram sejak 2011.

“Menurut pakar hidrologi Chan Ngai Weng dari Universiti Sains Malaysia, perubahan iklim hanya faktor sampingan kepada musibah tersebut,” jelas Anwar Ibrahim menerusi kenyataan media di muat naik di laman sosial beliau semalam.

Tambah beliau lagi, faktor-faktor utama adalah pembalakan, aktiviti pembinaan dan penanaman (agro) serta penukaran status hutan dara ke kawasan penempatan.

“NGO Sahabat Alam Malaysia (SAM) juga menyebut air yang berselut adalah bukti nyata bahawa aktiviti pembalakan terus berlaku dengan kadar yang melampau dan kerajaan negeri Kedah, kerajaan Persekutuan serta kementerian harus memantau dan bertindak.

“Saya mendesak menteri bertanggungjawab agar lebih serius melakukan pemantauan dan hentikan salahguna konsep ‘takdir Tuhan’ kerana faktor-faktor utama adalah berpunca dari kerakusan serta ketamakan manusia,” tegas Ahli Parlimen Port Dickson itu.

Written by Ezri

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Cubaan seludup dadah berilai RM1.296 juta ke negara jiran gagal

Syarat bagi kebenaran pembukaan semula pelancongan dan merentas negeri