in ,

ANWAR ADAKAN SIDANG MEDIA PETANG INI

KUALA LUMPUR, 13 Okt -- Kelihatan kenderaan dipercayai membawa Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba di pekarangan pintu 2 Istana Negara pada kira-kira 10.25 pagi, hari ini. --fotoBERNAMA (2020) HAK CIPTA TERPELIHARA

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Anwar Ibrahim akan mengadakan sidang media khas di Hotel Le Meridien jam 2 petang ini, tempat beliau mengumumkan mempunyai jumlah yang cukup untuk membentuk kerajaan 23 September lepas.

Menurut Pengarah Komunikasi PKR, Fahmi Fadzil, Anwar akan membuat pengumuman penting ekoran pertemuan beliau dengan baginda Yang Dipertuan Agong sebentar tadi dalam sidang media itu.

“Datuk Seri Anwar akan mengadakan sidang media khas untuk membuat pengumuman penting selepas menghadap Yang Dipertuan Agong,” tulis Fahmi dalam kenyataan media itu.

Kenderaan yang membawa Anwar dan isteri tiba di pintu Istana Negara jam 10.25 pagi tadi dan menghadap Yang Dipertuan Agong jam 11 pagi.

Sebelum ini, pada 23 September, Anwar mengumumkan beliau mempunyai sokongan yang kuat untuk membentuk kerajaan baru.

Pada hari itu, beliau juga mengisytiharkan kerajaan Perikatan Nasional pimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin tumbang.

Pengumuman itu dibuat di hotel yang sama iaitu tempat beliau akan membuat pengumuman penting hari ini.

Written by Ezri

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Selepas Anwar, Ku Li pula dipanggil ke istana hari ini

Aaron Aziz sebak lepas anak ke luar negara